• Anda perlu menjawab DUA soalan dalam Bahagian Ulasan Teks. Satu soalan dari laras sains dan satu lagi dari laras sastera. Bagi setiap soalan terdapat 2 bahagian yang perlu dijawab:
Bahagian (i) - Soalan kefahaman. Perlu dijawab dalam SATU ayat sahaja.
Bahagian (ii) - Soalan ulasan teks. Perlu dijawab dalam lingkungan 50 perkataan sahaja, yang mana mesti mengandungi dua isi diikuti dengan huraian isi. (dicadangkan 4-5 ayat sahaja)
• Pemarkahan untuk Bahagian Ulasan Teks adalah 10 markah setiap laras. Ini mengikut pecahan berikut:
Bahagian i) – Soalan Kefahaman – 2 markah
Bahagian ii) – Isi – 2 markah
Huraian – 4 markah
Bahasa – 2 markah
• Jawapan Bahagian (ii) bagi setiap laras, MESTI dinyatakan bilangan perkataannya. Sekiranya terdapat lebih daripada 50 patah perkataan, maka jawapan akan dipotong.dan isi yang selebihnya tidak akan diberi markah.
Read More!
Showing posts with label BAHAN RUJUKAN. Show all posts
Showing posts with label BAHAN RUJUKAN. Show all posts
Ayat Berkesan Dalam Penulisan Karangan
Dalam penulisan karangan Pengajian Am samada Karangan Laras Sastera atau Laras Sains, ianya haruslah dibina dari jalinan ayat-ayat yang berkesan. Ini adalah kerana ianya akan menunjukkan kebolehan pelajar mengeluarkan pemikiran yang logis dan teratur. Sesuai dengan objektif sukatan pelajaran STPM.
Ayat-ayat yang berkesan dalam karangan mestilah mengandungi ciri-ciri berikut:
- kesatuan gagasan
- kepaduan
- penegasan
- kepelbagaian
- kesejajaran
- penalaran logika
Read More!