• Anda perlu menjawab DUA soalan dalam Bahagian Ulasan Teks. Satu soalan dari laras sains dan satu lagi dari laras sastera. Bagi setiap soalan terdapat 2 bahagian yang perlu dijawab:
Bahagian (i) - Soalan kefahaman. Perlu dijawab dalam SATU ayat sahaja.
Bahagian (ii) - Soalan ulasan teks. Perlu dijawab dalam lingkungan 50 perkataan sahaja, yang mana mesti mengandungi dua isi diikuti dengan huraian isi. (dicadangkan 4-5 ayat sahaja)
• Pemarkahan untuk Bahagian Ulasan Teks adalah 10 markah setiap laras. Ini mengikut pecahan berikut:
Bahagian i) – Soalan Kefahaman – 2 markah
Bahagian ii) – Isi – 2 markah
Huraian – 4 markah
Bahasa – 2 markah
• Jawapan Bahagian (ii) bagi setiap laras, MESTI dinyatakan bilangan perkataannya. Sekiranya terdapat lebih daripada 50 patah perkataan, maka jawapan akan dipotong.dan isi yang selebihnya tidak akan diberi markah.
0 comments:
Post a Comment